Saya mahu akaun Bebas Swap (Islamik)

Anda boleh mengubah status akaun anda kepada Bebas Swap di seksyen tetapan akaun dalam Laman Pedagang anda. Anda boleh aktifkan pilihan Bebas Swap pada semua akaun sebenar ketika membuka akaun perdagangan atau di seksyen tetapan akaun.

Bagaimana anda boleh aktifkannya:

  1. Pilih akaun yang diperlukan di Dashboard;

  2. Skrol ke bawah untuk mencari "Bebas Swap" dalam seksyen "Tetapan akaun" dan klik butang untuk mengaktifkannya.

    1.bmp

Pilihan Bebas Swap tersedia untuk semua instrumen perdagangan; bagaimana pun, apabila memperdagangkan Eksotik Forex, anda tidak akan dikenakan swap tapi sebaliknya akan dicaj komisen sekali per minggu.

Sila ambil maklum bahawa menurut Perjanjian Pelanggan:

Untuk strategi jangka panjang (perjanjian yang dibuka lebih 2 hari), Syarikat boleh mengenakan bayaran tetap bagi jumlah hari selama mana pesanan itu telah dibuka, yuran adalah tetap dan ditentukan sebagai nilai 1 poin transaksi dalam dolar Amerika, didarabkan dengan saiz poin swap pasangan mata wang urus niaga. Fi ini bukanlah faedah (interest) dan ia bergantung kepada sama ada urusniaga ini dibuka untuk buy atau sell.

Dengan membuka akaun Bebas Swap di FBS, pelanggan bersetuju bahawa syarikat boleh mendebitkan fi daripada akaun perdagangan mereka pada bila-bila masa.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: