Saya mahu menukar alamat emel Laman Pedagang saya

Kami ingin mengingatkan anda bahawa pilihan untuk penukaran alamat emel adalah tidak tersedia di Laman Pedagang sekiranya emel anda telah disahkan. Namun, terdapat beberapa cara untuk menukarnya dengan menghantar permohonan ke khidmat pelanggan di emel [email protected]. Cara terbaik untuk menukar emel akan ditentukan berdasarkan kes individu. Sila rujuk kepada cara penyelesaian sebelum anda memutuskan cara terbaik untuk anda pilih!

Emel Laman Pedagang saya belum lagi disahkan. Bagaimana saya boleh mengubahnya?

  • Jika anda silap ketika menaipalamat e-mel secara tidak sengaja, anda boleh menukarnya secara manual semasa pendaftaran atau kemudian dalam Laman Pedagang;

  • Anda boleh mendaftar Laman Pedagang yang baru sekiranya anda belum lagi melakukan deposit. Akaun-akaun di dalam Laman Pedagang akan diarkib;

  • Jika anda telah mendepositkan dana ke dalam akaun anda tetapi anda tidak dapat log masuk ke dalam akaun tersebut lagi, anda perlu memberikan kepada kami perkara-perkara berikut:

    - Pengesahan bahawa emel lama anda sudah tidak wujud lagi;

    - Foto yang menunjukkan anda memegang pasport/ID anda;

    - Foto pasport/ID anda;

    - Tangkapan skrin (screenshot) atau pengesahan pembayaran rasmi yang menunjukkan bahawa deposit berkenaan telah ditolak daripada akaun anda.

Emel Laman Pedagang saya telah disahkan, tetapi saya belum membuat deposit.

  • Jika identiti anda belum disahkan, anda perlu lulus pengesahan ID terlebih dahulu dan berikan kami perkara berikut:
    - Pengesahan bahawa e-mel lama anda adalah sudah tidak tersedia;
    - Foto anda memegang pasport/kad ID anda yang anda gunakan utuk.

Emel Laman Pedagang saya telah disahkan, dan saya sudah membuat deposit.

  • Jika identiti anda belum lagi disahkan, anda perlu lulus pengesahan ID terlebih dahulu dan berikan kami perkara berikut:
    - Pengesahan bahawa e-mel lama anda sudah tidak tersedia lagi;
    - Foto anda memegang pasport/kad ID anda yang anda gunakan untuk ;
    - Screenshot/ pengesahan rasmi pembayaran yang menunjukkan deposit telah ditolak daripada akaun milik anda.

  • Jika identiti telah berjaya disahkan, anda perlu melakukan perkara tersebut:
    - Pengesahan bahawa e-mel lama anda adalah sudah tidak tersedia;
    - Foto anda memegang pasport/kad ID anda yang anda gunakan untuk pengesahan.
    Seperti berikut:
1.bmp


Walaubagaimanapun, jika anda tidak mahu menggunakan e-mel semasa anda, sebagai contoh, anda boleh membuka akaun Trader Area baharu di bawah alamat e-mel yang berbeza untuk terus menggunakan semua fungsi pengurusan akaun anda melalui Trader Area pelanggan.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: