Bagaimana saya mengubah negara saya di Laman Pedagang FBS (web)?

Kami ingin mengingatkan anda bahawa penting untuk anda pastikan bahawa negara mastautin anda adalah sama dengan negara yang dinyatakan di dalam akaun FBS agar deposit dan pengeluaran anda berjalan dengan lancar.

Bagaimana jika saya berpindah ke negara lain?

Untuk boleh melihat semua sistem pembayaran yang tersedia di negara anda bermastautin, anda perlu mengajukan permohonan pengubahan negara. Anda boleh lakukannya sama ada:

  • Di Laman Pedagang versi web dengan mengikuti pautan ini;

  • Atau di mana-aman aplikasi FBS (seperti FBS Trader, FBS CopyTrade, atau FBS Personal Area) dengan mengklik pada tab "Profil" > “Negara”/"Ubah negara.”:

Di situ, anda perlu memilih negara tempat anda bermastautin sekarang dan muat naik bukti alamat mastautin.

Apa yang boleh anda hantarkan sebagai bukti alamat mastautin?

  • Permit pemastautin yang sah (kedua-dua belah dokumen diperlukan);

  • Penyata bank;

  • Bil utiliti;

  • Surat dari bank atau pihak berkuasa;

  • Perjanjian sewa-menyewa;

Bukti alamat mastautin haruslah mengandungi nama penuh anda dan dikeluarkan dalam tempoh 3 bulan yang terkini.

Perhatian! Jika anda menggunakan VPN sewaktu mendaftarkan akaun di FBS, negara anda mungkin tidak ditunjukkan dengan betul. Ini boleh mengganggu pengesahan indentiti anda dari dilakukan dengan sukses, kerana negara di mana dokumen anda dikeluarkan mestilah sama dengan negara yang dinyatakan di akaun FBS anda.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: