Mengapakah permohonan pengeluaran saya ditolak?

Sila pertimbangkan bahawa menurut Perjanjian Pelanggan: pelanggan boleh mengeluarkan dana dari akaunnya hanya ke sistem pembayaran yang telah digunakan untuk deposit.

Seandainya anda telah membuat permohonan pengeluaran menerusi sistem pembayaran yang berbeza dari yang digunakan sewaktu melakukan deposit, permohonan pengeluaran anda akan ditolak.

Selain dari itu, sila maklum bahawa anda boleh memantau status bagi permohonan-permohonan kewangan anda di laman Sejarah Transaksi. Di situ, anda turut dapat melihat sebab-sebab penolakan.

Sila maklum bahawa sekiranya anda mempunyai dagangan yang masih aktif (open trades) ketika melakukan permohonan pengeluaran, permohonan anda akan ditolak secara automatik dengan komen "Dana tidak mencukupi".

Kongsi kepada rakan-rakan anda: