Kenapa deposit saya ditolak?

Sila maklum bahawa anda boleh pantau status deposit anda di halaman Sejarah Transaksi dalam Laman Trader anda. Jika anda klik pada transaksi berkenaan, anda boleh lihat sebab-sebab ia ditolak:

2024-06-13_12-00-35.png

Jika anda melihat status transaksi dinyatakan Transaksi digagalkan oleh sistem pembayaran., tetapi dana telah dicaj daripada akaun anda, ini bermakna bahawa deposit berkenaan gagal ketika ia di tangan pihak sistem pembayaran. 

Sila maklum bahawa apabila anda melakukan operasi pemindahan kewangan, FBS hanya berfungsi sebagai perantara, yang bermakna kami boleh menghantar/menerima dana hanya setelah kami menerima pengesahan daripada sistem pembayaran. Tanpa pengesahan sedemikian, kami menerima mesej automatik "ditolak" ("rejected"). 

Jika dana telah ditolak daripada akaun anda, sila berikan kami slip atau bukti pengesahan pembayaran. Bukti pengesahan pembayaran harus mengandungi nombor rujukan transaksi, butiran akaun pembayaran, tarikh, dan amaun transaksi. Kami akan hubungi pemproses pembayaran berkenaan untuk mendapatkan penjelasan tentang status transaksi tersebut.

Anda boleh hantarkan bukti pengesahan tersebut kepada kami melalui LiveChat atau emel [email protected]

Jika dana belum ditolak, kami mencadangkan agar anda cuba untuk deposit lagi setelah menunggu sedikit waktu atau gunakan kaedah pembayaran lain yang tersenarai di halaman Deposit dalam Laman Peribadi anda.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: