Bagaimana saya boleh lakukan pengeluaran?

Maklumat penting! Sila pertimbangkan bahawa menurut Perjanjian Pelanggan: pelanggan boleh mengeluarkan dana dari akaunnya hanya ke sistem pembayaran yang telah digunakan untuk deposit.

Dimana Klien membuat deposit menggunakan beberapa kaedah pembayaran, proses pengeluaran akan dilakukan berdasarakan sistem LIFO (last in first out). Ini bermakna jika seorang pelanggan membuat deposit ke akaun mereka menggunakan Kaedah Pembayaran 1, dan selepas itu menggunakan Kaedah Pembayaran 2 untuk deposit, untuk membuat pengeluaran, keseluruhan jumlah deposit yang dilakukan menggunakan Kaedah Pembayaran 2 perlu dikeluarkan terlebih dahulu (keseluruhan sekaligus atau berperingkat) menggunakan Kaedah Pembaya ran 2, dan hanya selepas itu, pengeluaran boleh dilakukan menggunakan Kaedah Pembayaran 1.

Anda boleh pindahkan wang dari salah satu akaun anda ke akaun anda yang lain di dalam Laman Pedagang anda.

  1. Klik pada Kewangan di bahagian atas halaman:

    1.bmp
  2. Pilih Pengeluaran;

  3. Pilih sistem pembayaran yang sesuai dan klik padanya;

  4. Pilih akaun dagangan yang anda ingin keluarkan;

  5. Tentukan maklumat tentang akaun e-wallet atau sistem pembayaran anda;
    Untuk pengeluaran melalui kad klik pada tanda " + " untuk memuat naik gambar salinan bahagian belakang dan hadapan kad anda;

  6. Taip jumlah wang yang anda mahu untuk keluarkan;

  7. Klik pada butang "Sahkan pengeluaran".

Kami berharap anda dapat mempertimbangkan bahawa fi atau komisen pengeluaran bergantung kepada sistem pengeluaran yang anda pilih.

Tempoh waktu pemprosesan juga bergantung kepada sistem pembayaran.

Anda boleh memantau status permohonan kewangan anda di Sejarah Transaksi.

Sila ambil maklum bahawa menurut Perjanjian Pelanggan:

5.2.8. Jika suatu akaun dibiayai menggunakan kad debit atau kad kredit, salinan kad diperlukan untuk memproses pengeluaran. Salinan ini mesti mengandungi 6 digit pertama dan 4 digit terakhir nombor kad, nama pemegang kad dan tarikh luput.

Anda harus tutup kod CVV pada sisi belakang kad, kami tidak perlukannya.

Kongsi kepada rakan-rakan anda: