• 28 May 2024
  • Matawang

Instrumen Minggu Ini (27 — 31 Mei): Pandangan tentang USDCAD

Berita terkini: FBS memotong spread USDCAD

Pasangan USDCAD adalah kadar pertukaran antara dolar AS dan dolar Kanada. Ia adalah metrik kewangan yang penting dan mencerminkan dinamik hubungan antara Amerika Syarikat dan Kanada. USD dipengaruhi oleh data ekonomi AS seperti KDNK, statistik pekerjaan, kadar inflasi, dan dasar-dasar Rizab Persekutuan. Sementara itu, CAD berkait rapat dengan indikator ekonomi Kanada, termasuk KDNK, data penggajian buruh, dan harga komoditi, kerana Kanada adalah pengeksport minyak yang utama. Pasangan matawang ini memberikan gambaran tentang kekuatan relatif dan kesihatan ekonomi kedua-dua negara.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS QoQ, 30 Mei 14:30 (GMT+2)

Penganalisis menjangkakan KDNK AS yang akan datang akan diumum 1.6%, turun daripada 3.4% sebelumnya. Jika pertumbuhan KDNK sebenar mengatasi ramalan, ia akan menjadi petanda bahawa prestasi ekonomi lebih kukuh daripada jangkaan, yang berpotensi membawa kepada penguatan USD dan selanjutnya kenaikan kadar tukaran USDCAD. Sebaliknya, jika pertumbuhan KDNK lebih teruk daripada yang dijangkakan, ia petanda ekonomi melembap dengan lebih pantas dan ini boleh melemahkan USD. Senario ini boleh menyebabkan kadar USDCAD turun lebih rendah kerana pelabur mungkin beralih ke CAD atau matawang lain, yang mencerminkan kemerosotan keyakinan terhadap ekonomi AS.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Kanada MoM, 31 Mei 14:30 (GMT+2)

KDNK Kanada diramalkan kekal pada kadar 0%, turun daripada pertumbuhan 0.2% sebelumnya. Jika KDNK mengatasi jangkaan, menunjukkan terdapatnya pertumbuhan ekonomi, ia memberitahu kita tentang daya tahan ekonomi Kanada dan ini boleh mengukuhkan CAD, yang boleh membawa kepada penurunan kadar USDCAD. Sebaliknya, jika angka KDNK lebih buruk daripada yang dijangkakan, mencerminkan kelemahan ekonomi, ia boleh melemahkan CAD. Dalam senario sedemikian, kadar tukaran pasangan USDCAD mungkin akan meningkat kerana USD menguat berbanding CAD yang semakin melemah, mencerminkan kebimbangan mengenai kemantapan ekonomi Kanada.

Dalam rangka masa harian, USDCAD berada dalam trend bullish jangka panjang, tetapi dalam jangka pendek, ia merosot dan semakin dekat dengan garisan trend. Harga sedang menghampiri aras sokongan signifikan yang juga Fibonacci 61.8. Walaupun purata bergerak (MA) menunjukkan sentimen menaik, kita harus mempertimbangkan dua senario:

  • Jika harga menembusi garisan trend dan mengatasi sokongan 1.3620, penurunan menuju 1.3450 akan bermula;

  • Sekiranya berlaku lantunan daripada garis trend, USDCAD akan meneruskan trend bullish mencari 1.3830.

image1.png

BUKA URUSNIAGA ANDA SEKARANG

Kongsi kepada rakan-rakan:

Photo

Pengarang: Egor Schmidt